suria

Curiga tiba-tiba ada kubur misteri di kebun, lelaki terkejut jumpa mayat bayi... Tiada kesan luka, polis syak sengaja ditanam

Seorang penduduk kampung terkejut apabila menemukan mayat bayi perempuan yang ditanam di kawasan kebun. -Foto Polres Klaten

PENDUDUK di sebuah kampung di Klaten, Jawa dikejutkan dengan penemuan mayat seorang bayi perempuan yang ditanam di kawasan berhampiran anak sungai.

Penemuan mayat bayi perempuan yang dianggarkan berusia sekitar tujuh bulan itu terbongkar selepas seorang penduduk curiga melihat tanah ditimbun menyerupai kubur.

"Apabila saya gali, tanah masih basah. Pada mulanya terkena batu, kemudian ternampak kaki bersaiz kecil," ujar penduduk bernama Ryan.

Ujarnya, dia terus menggali sehingga akhirnya menemukan mayat seorang bayi perempuan dalam keadaan sempurna.

Penemuan tersebut segera dilaporkan kepada ketua kampung dan pihak berkuasa.

Menurut Ketua Perhubungan Awam Polis Klaten, Inspektor Nyoto, mayat bayi itu ditemui di kebun seorang warga emas bernama Suparna, 71, pada pagi Isnin.

"Pada mulanya saksi sedang membersihkan kebun, ternampak kesan tanah dikorek yang telah ditimbun dan disiram air.

"Saksi berasa curiga, kemudian tanah itu dikorek untuk melihat apa yang ada di dalam tanah," kata Nyoto.

Polis kini masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

Sementara itu Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Klaten, AKP Y Dica Ariseno Adi mengesahkan bayi tersebut bukan sengaja dibuang.

"Polis mengesyaki bayi sengaja ditanam kerana lubang agak dalam. Tiada kesan luka ditemui pada bayi itu," jelasnya lagi. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain