AKIBAT tersalah ambil ubat-ubatan, seorang warga emas di Vietnam yang asalnya mengalami ulser mulut terpaksa dikejarkan ke hospital kerana mengalami kulit melepuh termasuk sakit terbakar. Kisah lelaki berusia 60 tahun itu dikongsikan seorang doktor yang merawatnya sebagai peringatan kepada masyarakat tentang penggunaan ubat yang salah dan tindak balas alahan yang membawa maut. Menurut doktor terbabit, pesakitnya cuba merawat ulser mulut dengan membeli dan mengambil ubat tanpa preskripsi daripada pegawai perubatan yang bertauliah. Ujarnya, mangsa kemudian mengalami reaksi alahan yang teruk dengan gejala demam panas, lepuh besar di tapak kaki, ulser perut, nanah di mukosa mulut, dan sakit terbakar selepas mengambil ubat selama dua hari. Susulan itu, ahli keluarganya membawa dia ke Hospital Besar Wilayah Bac Ninh di Vietnam bagi mendapatkan rawatan. Tambah doktor terbabit, sepanjang tempoh rawatan, pesakit berkenaan mengalami lepuh pecah dan kulit mengelupas dalam tompok besar. Walaubagaimanapun, katanya, kesihatan pesakit itu stabil selepas 20 hari menjalani rawatan intensif. - Sanook Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube