suria

Lelaki cabul budak 6 tahun di tandas pusat beli-belah, hulur RM1.40 selepas puas!

Mangsa cabul cenderung mengalami trauma fizikal. -Gambar hiasan

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dicabul di dalam tandas sebuah pusat beli-belah.

Kejadian yang berlaku di Jawa Tengah, Indonesia pada 19 Januari lalu terbongkar selepas keluarga mangsa membuat laporan polis.

Ia berikutan suspek berusia 46 tahun menghilangkan diri selepas memberi wang 'pampasan' sebanyak Rp5,000 (RM1.40) kepada kanak-kanak terbabit.

Ketua Unit Siasatan Jenayah, Pesuruhjaya Polis Andryansyah Rithas Hasibuan berkata, suspek ditahan selepas keluarga mangsa membuat laporan polis pada 7 November lalu.

Menurutnya semasa insiden berlaku, mangsa baru sahaja selesai membuang air kecil di tandas.

"Mangsa pada awalnya sedang bermain di sebuah kios milik ibu kawannya, dia kemudian pergi ke tandas untuk buang air kecil sekitar pukul 2 petang tanpa ditemani sesiapa.

"Semasa keluar, suspek yang berada berhampiran tandas bertindak memegang erat tangan kiri mangsa dan mengajaknya masuk semula ke dalam tandas.

"Selepas mencabul, suspek memberikan mangsa Rp5,000 (RM1.40) dan berlalu keluar dari tandas," katanya pada Jumaat.

Tambah Andryansyah, suspek terus menghilangkan diri susulan perbuatan tidak bermoral itu sehinggalah dia ditahan selepas keluarga mangsa membuat laporan polis. - Kompas

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain