ANGKARA cemburu, seorang lelaki bertindak membakar rumah sewa yang didiami isterinya. Suspek melakukan perbuatan itu selepas menyedari isterinya menjalinkan hubungan sulit dengan tuan rumah. Kejadian berlaku di Nunukan, Kalimantan Utara di Indonesia pada awal pagi Khamis. Menurut polis, mangsa merupakan wanita berusia 27 tahun tinggal di rumah sewa di Nunukan Selatan, manakala suaminya berusia 28 tahun menetap berasingan di Nunukan Tengah. Difahamkan, kedua-dua mereka sedang dalam proses penceraian. "Puncanya sebab jalin hubungan. Rumah yang dibakar suspek adalah rumah sewa yang didiami isterinya. "Kedua-dua mereka mempunyai masalah rumah tangga dan tinggal berasingan sejak April lalu," kata Ketua Polis Bandaraya Nunukan, Iptu Disko Barasa ketika dihubungi Kompas pada Khamis. Ketika kejadian, mangsa tiada di rumah kerana keluar untuk membeli barang keperluan. Kes tersebut masih dalam siasatan polis. Sebagai peringatan, perbuatan keganasan adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube