SEORANG gadis berusia 23 tahun maut dipercayai dirogol sebelum dibunuh oleh pemandu pelancong. Lebih tragis, mayatnya kemudian dibuang ke dalam gaung. Mayat mangsa ditemukan di Luwu Timur, Sulawesi Selatan di Indonesia. Insiden pada Selasa itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Sulawesi Selatan, Inspektor Jenderal Yudhiawan Wibisono dalam sidang media di pejabatnya, pada Rabu. "Suspek merogol mangsa sebelum membunuhnya," katanya. Memetik Kompas, Yudhiawan berkata, ketika itu suspek merupakan pemandu pelancong hanya membawa seorang penumpang iaitu mangsa dari Kota Polopo, Sulawesi Selatan ke Morowali, Sulawesi Tengah. Kejadian berlaku ketika mangsa tertidur dalam perjalanan. Suspek bertindak menyerang dan mencekik mangsa sebelum merogolnya. "Selepas memperkosa mangsa, suspek sekali lagi mencekik mangsa hingga mati kerana bimbang mangsa akan melaporkannya kepada polis. "Mayat mangsa dibuang suspek ke dalam gaung," katanya. Suspek kini ditahan dan dalam siasatan polis. Sebagai peringatan, perbuatan keganasan dan rogol adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube