SEORANG ibu cedera parah selepas dihempap dahan pokok tumbang ketika dalam perjalanan untuk menjemput anaknya pulang dari sekolah. Ketika kejadian, mangsa berusia 43 tahun sedang menunggang motosikal melalui jalan di lokasi kejadian. Insiden berlaku pada Selasa di Jalan Semeru, Kota Bogor di Jawa Barat, Indonesia. "Ketika melalui Jalan Semeru, mangsa dihempap dahan pokok yang tumbang. ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi pulang dari sekolah... Ibu maut, anak putus kaki digilis kereta api ketika lintas landasan "Mangsa ketika itu hendak menjemput anaknya dari sekolah," kata Anggota Ops Tahanan Kota Bogor, Sumardi pada Rabu. Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian muka. "Mangsa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube