suria

Janda pura-pura jumpa bayi di tebing sungai, ahli keluarga dedah rupanya anak hasil hubungan terlarang

Anak adalah anugerah yang diidamkan oleh setiap pasangan yang sudah berkahwin. -Gambar hiasan

SEORANG janda muda berusia 20 tahun mencetuskan kekecohan apabila mendakwa menemui seorang bayi di tebing sungai.

Kejadian dilaporkan berlaku di Desa Genteng, Majalengka, Jawa.

Namun, hasil siasatan pihak polis mendapati bayi yang didakwa ditemui pada awal pagi Selasa itu ternyata adalah anak wanita itu sendiri.

Ia adalah berdasarkan keterangan beberapa saksi termasuk ahli keluarga wanita berkenaan.

"Hasil pemeriksaan menunjukkan ahli keluarga wanita itu memberitahu bayi berkenaan adalah anaknya sendiri.

"Bayi itu adalah hasil hubungan terlarang wanita berkenaan dengan lelaki tidak bertanggungjawab.

"Saksi itu berkata, wanita itu berasa malu dengan ibu bapa dan jiran bahawa bayi itu adalah hasil hubungan terlarangnya," jelas Ketua Subseksyen Polis Majalengka, Ipda Riyana.

Bagaimanapun ujarnya, sehingga kini, wanita yang disyaki ibu kepada bayi itu masih disoal siasat polis.

Sementara itu, bayi berkenaan yang berada dalam keadaan sihat telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain