suria

Cikgu gunting rambut 18 pelajar perempuan kerana lewat datang sekolah… Dakwa hukuman untuk pupuk disiplin

Seorang pelajar menunjukkan rambutnya yang digunting. -Foto NDTV

SEORANG guru wanita mencetuskan kontroversi gara-gara tindakannya memotong rambut pelajar sebagai hukuman kerana tiba lewat di sekolah untuk menghadiri perhimpunan pagi.

Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah sekolah menengah di Andhra Pradesh, India.

Memetik laporan NDTV, seramai 18 pelajar dipotong rambut kerana lewat tiba di sekolah, didakwa kerana lokasi rumah mereka menghadapi masalah bekalan air.

Selain menggunting rambut, guru berkenaan juga didakwa mendera empat pelajar dengan menyuruh mereka berjemur di bawah cahaya matahari.

Dilaporkan, dia meminta kesemua pelajar berkenaan tidak menceritakan perkara yang berlaku kepada sesiapa.

Bagaimanapun, perbuatan guru tersebut terbongkar selepas ada pelajar yang mengadu kepada ibu bapa mereka.

Namun, guru tersebut mempertahankan tindakannya dengan berkata ia bertujuan memupuk disiplin dalam diri pelajar.

Difahamkan, pihak sekolah sudah mendapatkan penjelasan guru terbabit mengenai perbuatannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain