suria

Dipaksa berdiri lebih 3 jam oleh senior, pelajar tahun satu kolej perubatan meninggal dunia

Perbuatan buli atau 'ragging' yang keterlaluan boleh mengakibatkan kematian. -Gambar hiasan

SEORANG pelajar tahun satu di sebuah kolej perubatan meninggal dunia selepas dipaksa berdiri selama tiga jam oleh pelajar senior.

Dalam kejadian yang berlaku di Kolej Perubatan Dharpur Gujarat, India pada Sabtu malam, mangsa dilaporkan dikejarkan ke hospital selepas rebah.

Bagaimanapun, doktor mengesahkan mangsa tidak dapat diselamatkan.

Memetik laporan India Today, difahamkan ketika kejadian, mangsa bersama pelajar tahun satu yang lain sedang menghadiri sesi orientasi.

Dekan kolej tersebut memaklumkan semasa soal siasat dalaman dijalankan, pelajar mengakui sesi orientasi sememangnya sedang dijalankan ketika kejadian.

Bagaimanapun punca kematian mangsa hanya dapat ditentukan selepas laporan bedah siasat dikeluarkan.

Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan terhadap 15 pelajar yang didakwa terbabit dalam kejadian berkenaan.

Kesemua 15 suspek yang merupakan pelajar tahun dua di kolej berkenaan, ketika ini digantung pengajian sementara siasatan dilakukan.

Dalam pada itu, keluarga mangsa juga menuntut tindakan tegas diambil terhadap tertuduh sebagai pengajaran agar kejadian sama tidak berulang di masa hadapan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain