SEORANG ahli perniagaan berusia 42 tahun ditemukan maut di dalam sebuah kereta yang terbakar, dalam kejadian pada petang Sabtu. Polis menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang melaporkan mengenai sebuah kereta yang terbakar. Memetik laporan NDTV, kejadian berlaku di sebuah kawasan terpencil di Muddinpalya, Bengaluru di India. Pasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya memadamkan kebakaran. Mangsa yang ditemukan di dalam kereta bagaimanapun sudah meninggal dunia akibat sesak nafas. Menurut polis, mangsa dilaporkan meletakkan keretanya di tempat terpencil sebelum membakar kenderaan itu. Pasukan forensik kini menyiasat di sekitar lokasi kejadian, dengan polis mengesyaki ia sebagai kes bunuh diri. Pihak polis masih melakukan siasatan lanjut berhubung kejadian itu. Selain itu, polis turut mengambil keterangan daripada keluarga serta rakan mangsa untuk memastikan sama ada terdapat tanda-tanda masalah kewangan atau peribadi yang mungkin menjadi punca kematiannya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube