WAKIL Denmark, Victoria Kjaer Theilvig dimahkotakan sebagai Miss Universe 2024. Kemenangan itu menjadikan Theilvig sebagai rakyat Denmark pertama memenangi pertandingan itu buat julung kalinya. Theilvig yang berusia 21 tahun merupakan usahawan dan penari, menewaskan lebih 120 peserta lain dalam pertandingan ratu cantik Miss Universe ke-73 di Mexico City, Mexico yang berlangsung pada Sabtu malam (pagi Ahad waktu Malaysia). Chidimma Adetshina dari Nigeria menduduki tempat kedua, manakala peserta Mexico, Maria Fernanda Beltran di tempat ketiga. Sementara itu, Suchata Chuangsri (Thailand) dan Ileana Marquez Pedroza (Venezuela) pula masing-masing di tempat keempat dan kelima. Turut mencatatkan sejarah apabila wakil Malaysia, Sandra Lim, 23, layak ke Top 30 dalam pertandingan Miss Universe 2024. Ia sekali gus menamatkan kemarau penantian 53 tahun peserta Malaysia yang lolos ke peringkat tersebut. Kali pertama dan terakhir peserta Malaysia layak ke peringkat itu pada 1970 menerusi Josephine Wong yang berjaya ke Top 15 ketika itu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube