GARA-GARA gagal dalam peperiksaan dan tidak berjaya menerima sijil tamat pengajian, pelajar berusia 21 tahun menikam lapan individu sehingga maut dan mencederakan 17 yang lain. Kejadian sekitar pukul 6.30 petang Sabtu itu berlaku di Institut Seni dan Teknologi Vokasional Wuxi di wilayah Jiangsu, China. Berdasarkan kenyataan polis, suspek merupakan graduan baharu yang tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan dan pampasan latihan selepas tidak menerima sijil tamat pengajian. Suspek kemudiannya ditahan dan kini telah mengaku bersalah. Susulan itu, pihak berkuasa China melancarkan siasatan lanjut berhubung insiden berkenaan dan menyifatkannya sebagai kejadian yang jarang berlaku. Sebagai peringatan, perbuatan keganasan adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. - WION Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube