suria

Beri ganjaran wang, baju selepas cabul anak murid... Guru agama akhirnya ditahan! Rupanya dah 4 tahun buat ‘kerja’

Mangsa cabul lazimnya akan mengalami trauma seumur hidup. -Gambar hiasan

SEORANG guru agama berusia 44 tahun ditahan kerana disyaki mencabul enam anak muridnya sejak tahun 2020.

Kejadian dilaporkan berlaku di Bangka Belitung, Indonesia.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Bangka, AKP Ogan Arif Teguh Imani, modus operandi yang digunakan suspek adalah menjemput mangsa ke sekolah pondok dan kemudian mencabul mangsa.

"Suspek akan mengambil mangsa secara bergilir-gilir ke rumah dengan kebenaran ibu bapa mereka.

"Mangsa kemudian dibawa ke sekolah pondok miliknya dan di situ mangsa dicabul.

"Selepas itu mangsa akan diberi ganjaran, seperti wang, baju dan sebagainya," kata Ogan memetik laporan Detik.

Perbuatan keji suspek terbongkar selepas salah seorang daripada mangsa mengadu kepada ibu bapanya.

Ujarnya, susulan laporan yang dibuat oleh ibu bapa mangsa, pihak polis bertindak pantas menangkap suspek di rumahnya pada 10 November lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain