SEORANG lelaki bertindak mencekik teman wanitanya sehingga mati gara-gara mangsa enggan menuruti permintaan supaya meninggalkan suaminya. Kejadian berlaku di Uttar Pradesh, India pada 11 November lalu, lapor NDTV. Menurut polis, mangsa yang dikenali sebagai Shilpi sudah berkahwin dan dikurniakan orang anak lelaki berusia empat tahun. Bagaimanapun, mangsa dikatakan menjalinkan hubungan bersama suspek sejak tiga tahun lalu. Pada hari kejadian, suspek pergi ke rumah mangsa selepas suami kepada Wanita itu keluar bekerja. Suspek dikatakan mendesak mangsa untuk tinggal bersamanya namun perkara tersebut tidak dipersetujui mangsa. Suspek yang berang bertindak mencekik mangsa hingga mati. Apa yang lebih memilukan, kejadian tersebut disaksikan oleh anak lelaki mangsa yang berusia empat tahun. Suspek bagaimanapun sudah berjaya diberkas dan polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai kes berkenaan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube