suria

Dirogol, dibunuh! Mayat murid 7 tahun berpakaian seragam sekolah ditemukan

Mayat murid ditemukan di kawasan kebun. -Gambar hiasan

SEORANG murid berusia tujuh tahun ditemukan mati di kawasan kebun dekat rumahnya, dipercayai dirogol sebelum dibunuh.

Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan masih berpakaian seragam sekolah, namun seluar dalamnya telah dilucutkan.

Kejadian berlaku di Kalibaru, Banyuwangi, Jawa Timur di Indonesia, pada Rabu.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Banyuwangi, Komisioner Andrew Vega berkata, mangsa ditemukan dalam keadaan terlentang di lokasi kejadian.

"Terdapat percikan darah pada baju mangsa. Basikal milik mangsa ditemukan kira-kira 50 meter dari lokasi penemuan mayat," kata Andrew, pada Jumaat.

Menurut Andrew, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Jelasnya, siasatan awal mendapati mangsa dipukul sebelum dirogol.

"Mangsa dipercayai didera dan dirogol sebelum dibunuh," katanya.

Kes tersebut masih dalam siasatan polis. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain