suria

Wanita didakwa pukul, ikat anak dengan rantai besi gara-gara sembunyikan handphone

Polis merampas telefon bimbit, rantai besi dan beberapa barangan buktik yang lain. -Foto Detik

SEORANG wanita ditahan polis kerana mendera anaknya gara-gara mangsa menyembunyikan telefon bimbit miliknya.

Kejadian berlaku di Batam, Kepulauan Riau.

Suspek yang berusia 37 tahun itu ditahan polis selepas anaknya yang berusia 13 tahun berlari ke rumah jiran untuk mendapatkan bantuan.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Bengkong, Inspektor Marihot Pakpahan, jiran tersebut segera membuat laporan polis selepas mengetahui keadaan mangsa, yang membawa kepada penangkapan suspek.

Selepas disoal siasat, suspek memberitahu dia menyedari kehilangan telefon bimbitnya apabila tersedar daripada tidur dan kecewa selepas mendapat tahu ia disembunyikan mangsa.

Suspek kemudian bertindak memukul dan mengikat mangsa dengan rantai besi.

Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan melecet di beberapa bahagian badan.

Akibat perbuatan tersebut, suspek didakwa mengikut Undang-undang Perlindungan Kanak-Kanak dan berdepan dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun perjara jika sabit kesalahan. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain