suria

Bas rombongan majlis perkahwinan jatuh sungai, 14 sudah disahkan maut… Mungkin hanya pengantin perempuan selamat

Pasukan penyelamat meneruskan carian 10 lagi mangsa.

SEBUAH bas membawa 25 penumpang yang baru pulang daripada menghadiri majlis perkahwinan terhumban ke dalam sungai pada lewat malam Selasa.

Lebih mendukacitakan apabila difahamkan hanya pengantin perempuan yang dilaporkan terselamat.

"Terdapat 25 orang di dalam bas dan setakat ini, 14 mayat sudah ditemui manakala 10 lagi masih hilang," demikian menurut pegawai penyelamat, Wazir Asad Ali.

Tambah Wazir, pihaknya masih meneruskan pencarian 10 mangsa yang terlibat dalam nahas di Gilgit-Baltistan Pakistan itu.

Pihak berkuasa mengesyaki kemalangan berpunca daripada pemanduan laju sehingga menyebabkan kenderaan berkenaan hilang kawalan sebelum terbabas dan terjunam ke dalam sungai. - Khaleej Times

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain