suria

Kejam! Empat anak anjing dipenggal kepala, usus direntap keluar... Pemilik ditahan bantu siasatan

Membunuh adalah satu kesalahan. -Gambar hiasan

KEJAM dan tidak berperikemanusiaan.

Begitulah gambaran perbuatan seorang lelaki yang bertindak memenggal kepala empat ekor anak anjing dalam kejadian di wilayah Isaan, Buriram di Thailand.

Lebih mengejutkan apabila dia cuba menunding jari dan menyalahkan bapa mentuanya atas perbuatan kejam berkenaan.

Tindakannya itu bagaimanapun terbongkar selepas bukti kekejaman itu ditemui di dalam telefon miliknya.

Terdahulu, seorang penduduk sekitar berkongsi di media sosial tentang penemuan bangkai empat anak anjing tanpa kepala dengan keadaan usus ditarik keluar.

Menurutnya, anak-anak anjing itu adalah milik sepasang suami isteri yang tinggal berhampiran lokasi penemuan bangkai berkenaan.

Susulan itu, pegawai dari Balai Polis Chaloem Phrakiat melawat rumah pasangan itu pada 12 November.

Bagaimanapun, lelaki terbabit yang dikenali Khiao menafikan perkara tersebut dan memaklumkan dia bertengkar dengan isterinya sebelum meninggalkan rumah untuk tinggal bersama ibu saudaranya.

Malah katanya, pada masa itu, kesemua anak anjing itu masih hidup.

Selepas soal siasat selama lebih satu jam, pihak polis kemudiannya cuba mendapatkan isteri Khiao.

Namun wanita terbabit tiada di rumah dan hanya terdapat menantu lelakinya.

Gerak geri yang mencurigakan lelaki berusia 28 tahun itu di samping penemuan tompokan darah pada bajunya menyebabkan dia ditahan pihak polis.

Dia akhirnya mengaku membunuh anjing-anjing itu tetapi enggan mendedahkan motif. - Thaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain