TINDAKAN tidak bermoral seorang lelaki mengundang padah apabila dia didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara selama hampir tiga tahun. Memetik laporan Chroniclelive.co, Trevor English didakwa secara rahsia merakam video lelaki dan kanak-kanak membuang air kecil di beberapa tandas awam termasuk pasar raya. Dia juga didapati mempunyai ratusan imej tidak senonoh kanak-kanak selepas perantinya dirampas pihak berkuasa. Dia akhirnya mengaku bersalah atas 18 kesalahan dengan 13 daripadanya voyeurisme termasuk melakukan tingkah laku awam yang keterlaluan, mengambil imej tidak senonoh kanak-kanak dan membuat imej tidak senonoh. Menurut pihak pendakwa Andrew Walker, "15 pertuduhan berkaitan adalah masuk ke tandas awam dan secara rahsia merakam di telefonnya untuk kepuasan seksual dengan melihat individu yang tidak dikenali berdiri di tempat kencing." Tingkah lakunya terbongkar selepas dia ditangkap pada 2020 dengan analisis pada kad memori dan komputer riba didapati mengandungi bahan lucah. Dia juga didapati telah merakamkan dirinya di dalam tandas awam ketika sedang melakukan aksi seks di hadapan seorang lelaki yang sedang membuang air kecil. Berhubung pemilikan ratusan imej kanak-kanak yang tidak senonoh, pihak berkuasa mendedahkan bahawa sebahagian daripada mangsa berusia seawal lima tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube