suria

Lelaki bunuh, simen mayat kekasih dalam lubang… Cemburu mangsa masih berhubung dengan bekas suami

Penduduk kampung mengerumuni lokasi penemuan mayat mangsa. -Foto Detik

SEORANG lelaki berusia 48 tahun ditahan polis selepas disyaki membunuh kekasihnya dan menanam mayat mangsa dalam lubang yang disimen.

Kejadian berlaku di Belitung Timur, Indonesia.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Beltim, AKP Ryo Guntur Triatmoko berkata, kes terbongkar selepas penduduk kampung curiga apabla terhidu bau busuk di sekitar rumah mangsa dan bertindak membuat laporan kepada polis.

"Ternyata di lokasi itu terdapat longgokan acuan simen di dalam rumah dan polis menemukan mayat mangsa yang dikenali sebagai Lilis, berusia 46 tahun.

"Motif semasa soal siasat awal adalah suspek cemburu. Kerana mangsa masih berkomunikasi dengan bekas suaminya menggunakan kata-kata sayang.

"Selain itu, suspek disyaki nekad membunuh mangsa kerana pelawaannya untuk berkahwin masih ditolak," ujarnya.

Suspek berjaya ditahan pada petang Rabu, tiga jam selepas penemuan mayat mangsa. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain