SEBUAH sekolah rendah terpaksa dikosongkan selepas seorang murid membawa bahan letupan dalam kejadian pada Jumaat. Difahamkan, bahan letupan itu dibawa adalah untuk ditunjukkan kepada rakan-rakannya dalam sesi 'show and tell' di sekolahnya. Kejadian berlaku di sebuah sekolah rendah di London, United Kingdom dan menyebabkan pihak polis terpaksa dipanggil selepas bahan letupan itu dibawa ke sekolah. Menurut Polis Hampshire, peranti tersebut dibentangkan di dalam kelas yang menyebabkan sekolah itu perlu dikosongkan. Seorang penduduk tempatan, Kerri L Watt, 40, berkata rakan-rakannya yang mempunyai anak di sekolah tersebut datang ke rumahnya selepas kejadian. Malah, mereka menggambarkan suasana yang dramatik di mana para pelajar menangis dan berada dalam ketakutan. Menurut Kerri, ibu bapa yang anak-anaknya bersekolah di sekolah menengah berdekatan terpaksa mengambil mereka namun terdapat segelintir yang berjalan pulang sendiri. Sebagai peringatan, perbuatan keganasan adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. - Daily Mail Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube