POLIS menahan dua lelaki selepas mereka menculik dan menyerang seorang wanita berusia 26 tahun. Menurut laporan saksi, mangsa dibawa menaiki sebuah kereta jenis Toyota Altis di sekitar Ratchaburi, Thailand. Timbalan Inspektor Balai Polis Thung Khru, Sumit Nanon berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira 4.33 petang, Rabu. Sumit bersama pasukan peronda polis berjaya memintas kenderaan itu berhampiran pintu masuk Soi Pracha Uthit 93 di Thung Khru, Bangkok. ARTIKEL BERKAITAN: Nenek 4 cucu didakwa bersubahat culik suami sendiri, minta tebusan RM20 juta Mangsa berada di tempat duduk belakang dengan tangan dan kakinya diikat menggunakan tali, manakala mulutnya ditutup dengan pita pelekat. Siasatan mendapati dua lelaki dikenali sebagai Ratthaphong dan Pitiphum merancang penculikan itu. Mangsa merupakan bekas teman wanita Ratthaphong. Jelas polis, Ratthaphong yang dibantu rakannya bertindak melarikan mangsa kerana berang hubungan mereka berakhir. Malah, dia juga tidak berpuas hati kerana mangsa sudah menemui pengganti selepas mereka berpisah. - Agensi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube