suria

Rogol gadis bawah umur hingga hamil 6 bulan, penjawat awam diburu polis

Mangsa rogol berkemungkinan mengalami trauma. -Gambar hiasan

SEORANG penjawat awam diburu polis selepas dipercayai memperkosa remaja perempuan berusia 13 tahun sehingga hamil.

Suspek berusia 57 tahun dipercayai melakukan perbuatan tidak bermoral itu sebanyak dua kali semasa mangsa berada sendirian di warung kopi milik orang tuanya.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Padangsidimpuan, Medan di Indonesia.

Ketua Polis Padangsidimpuan AKBP Wira Prayatna berkata, laporan polis dibuat selepas ibu bapa mangsa membawanya melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik berikutan perut yang semakin membesar.

"Berdasarkan laporan, mangsa diperkosa pada 24 Mei lalu semasa dia menjaga warung kopi orang tuanya secara sendirian.

"Pada masa itu, suspek memesan segelas kopi daripada mangsa sebelum mulutnya ditutup dan diseret ke bilik air yang terletak kira-kira satu meter dari warung.

"Suspek kemudian mengugut mangsa dan memberinya Rp5,000 (RM1.40) supaya tidak melaporkan perbuatan itu," katanya pada Sabtu.

Menurut Wira, suspek kemudiannya datang semula pada 28 Mei dan melakukan perbuatan sama terhadap mangsa.

Tambahnya, susulan perbuatan yang dilakukan, mangsa kini hamil enam bulan.

Malah katanya, pihak polis masih memburu suspek yang dipercayai telah melarikan diri susulan laporan dibuat. - Tribun Medan

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain