SEORANG guru lelaki berusia 30 tahun dari wilayah tengah Ratchaburi, Thailand ditahan kerana disyaki merogol sembilan orang anak muridnya. Semua mangsa, ditemani ibu bapa masing-masing hadir ke Balai Polis Suan Phueng pada Isnin untuk memfailkan aduan terhadap guru itu. Suspek, dikenali sebagai Krittha ditahan pada Isnin sejurus laporan difailkan oleh ibu bapa mangsa. Menurut pengadu, mereka sudah melaporkan perkara itu kepada pengarah sekolah pada 21 Jun tetapi tiada tindakan diambil. ARTIKEL BERKAITAN: Kahwini lelaki gay, isteri dah 3 tahun tak disentuh cari kekuatan untuk angkat kaki - “Kalau dasar pelangi, susah nak ubah” Suspek didakwa melakukan perbuatan jijik itu di dalam kawasan sekolah, termasuk pejabat guru, bilik air, dan ladang cendawan. Kebanyakan mangsa adalah daripada kumpulan etnik minoriti, dengan yang paling muda berusia sembilan tahun. Ketika sesi soal siasat, Krittha mengaku tertarik secara seksual kepada lelaki dan perempuan. Krittha berdepan tiga pertuduhan dan berdepan hukuman penjara seumur hidup jika disahkan bersalah. - Agensi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube