TIGA individu dilaporkan terputus hubungan ketika mendaki Gunung Balease di Luwu Utara, Sulawesi Selatan, Indonesia. Tiga pendaki gunung itu dikenal pasti sebagai Tantan Trianaputra, 68, Maman Permana, 44, dan Yudiana, 46. Mereka merupakan pendaki dari komuniti Jarambah QC Tasikmalaya. Kehilangan tiga lelaki itu disahkan oleh Pengerusi Forum Komunikasi Pencinta Alam Tasikmalaya (FKPAT), Miftah Babol. "Maklumat yang kami terima pada 20 November lalu, mereka telah terputus hubungan. ARTIKEL BERKAITAN: Nak ‘on trek’ waktu malam, pendaki disuruh laung azan dulu... Tapi pekerja perhutanan kata mengarut, hanya undang bahaya! "Berdasarkan dokumen pelan operasi perjalanan (ROP) ekspedisi, tiga pendaki itu dijadualkan turun dari gunung itu pada 18 November 2024. "Nombor telefon salah seorang daripada mereka aktif tetapi apabila dihubungi tiada bunyi. Ya, sudah tentu kami berharap yang terbaik," kata Miftah. Komuniti pendaki turut mengadakan solat hajat untuk mendoakan keselamatan tiga individu itu. - Agensi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube