suria

Janda maut sesak nafas, suami orang letak pil khayal sebelum hubungan intim

Seorang wanita dijumpa meninggal dunia oleh penduduk tempatan. -Gambar hiasan

MAYAT seorang wanita berstatus janda berusia 47 tahun dijumpai di tepi sungai.

Hasil siasatan polis mendapati kematian mangsa dikaitkan dengan seorang lelaki berusia 28 tahun dan sudah berkahwin.

Suspek membuat pengakuan bahawa dia dan mangsa mengadakan pertemuan sebelum kejadian berlaku.

Insiden berlaku di Asembagus, Probolinggo di Jawa Timur, Indonesia.

Difahamkan, mangsa dipaksa memakan pil khayal namun ditolak sebelum suspek memasukkan bahan terlarang itu ke dalam minuman mangsa.

Suspek turut didakwa melakukan hubungan intim dengan mangsa.

Namun selepas itu, mangsa tiba-tiba sesak nafas dan mengalami kekejangan.

Suspek mendakwa dia menjalinkan hubungan sulit dengan mangsa meskipun dia sudah mempunyai isteri.

Kerana panik dan ketakutan melihat mangsa tidak sedarkan diri, suspek bertindak melarikan diri.

Mayat mangsa dijumpai oleh penduduk tempatan di lokasi kejadian sebelum disahkan meninggal dunia ketika diberi rawatan di hospital.

Susulan kejadian itu, suspek ditahan kerana disyaki melakukan kekerasan terhadap mangsa sehingga mengakibatkan kematian.

Sebagai peringatan, janganlah seseorang itu menghampiri zina dan perbuatan zina itu adalah dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain