suria

Anak reka cerita jadi mangsa culik, hubungi ibu bapa untuk minta wang tebusan

Ibu bapa mengesyaki si anak reka cerita mengenai penculikan itu. -Gambar hiasan

SEORANG pelajar sanggup menipu kononnya dia diculik demi mendapatkan wang tebusan daripada ibu bapanya.

Menurut bapa pelajar itu, Suwandi, 45, anaknya membuat tuntutan palsu dengan meminta wang tebusan sebanyak 2 bilion rupiah (RM281,449).

Tuntutan itu dihantar menerusi WhatsApp kepada nombor telefon jirannya.

Dalam tuntutan itu, pelajar itu berkata dia dikurung di sebuah masjid berhampiran kediaman jirannya.

"Memang benar, pada mulanya anak saya membuat pengakuan palsu seolah-olah dia mangsa culik, kononnya penculik itu meminta wang tebusan.

"Dia hantar WhatsApp kepada jiran saya meminta wang tebusan. Nombor telefon yang digunakan adalah telefon bimbit milik rakan sekolahnya," kata Suwadi.

Suwandi kemudiannya pergi ke gudang itu dan mendapati anaknya terbaring dalam keadaan tangan terikat.

"Dari awal lagi pelik kerana tali yang digunakan untuk mengikat tangannya longgar dan berada di hadapan, jika ditarik ia akan terlepas.

"Saya dapati dia tertidur di gudang masjid," kata Suwadi yang curiga dengan keadaan itu. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain