suria

Mak bidan tak benar bawa pulang bayi baru lahir, ibu tiada duit bayar kos bersalin RM700

Bayi berkenaan terpaksa ditahan dan tidak dapat dibawa pulang.

SEORANG ibu tidak dibenarkan membawa pulang bayi yang baru dilahirkan gara-gara gagal melunaskan kos perbidanan.

Susulan itu, si ibu yang dikenali sebagai Sumyati ditahan bersama bayi perempuannya selagi tidak membayar kos bersalin berjumlah 2.5 juta rupiah (RM700).

Difahamkan, Sumyati tiba-tiba mengalami kontraksi sehingga dia dan suaminya, Carda tiada pilihan lain selain bersalin dengan seorang bidan terdekat.

Disebabkan proses bersalin dijalankan tanpa rujukan ke hospital, kos bersalin berkenaan tidak dapat ditanggung pasangan tersebut.

Jumlah bayaran itu dianggap terlalu besar bagi pasangan ini memandangkan suaminya hanya bekerja sebagai penghibur jalanan.

Manakala, Sumyati tidak bekerja dan bergantung sepenuhnya terhadap pendapatan suami.

Usaha pasangan ini untuk cuba meminjam wang daripada saudara mara dan jiran tidak berjaya kerana tiada sesiapa yang dapat membantu mereka. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain