suria

Tak sempat mendarat, pesawat terhempas kira-kira 1.5 kilometer dari landasan... Seorang kru terbunuh

Tangkap layar video nahas berkenaan.

SEBUAH pesawat kargo DHL terhempas berdekatan sebuah lapangan terbang di ibu negara Lithuania pada pagi Isnin.

Pesuruhjaya Jeneral Polis Lithuania, Arūnas Paulauskas berkata punca nahas itu masih belum diketahui.

Jelasnya, penyiasat sedang mempertimbangkan pelbagai kemungkinan punca termasuk kegagalan teknikal dan kesilapan manusia, dan tidak menolak kemungkinan serangan pengganas.

Pesawat itu dilaporkan membawa tiga individu iaitu dua juruterbang dan seorang kru penerbangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sempat berlegar-legar sebelum nahas... Pesawat dalam latihan terhempas, 2 disahkan maut

Penyiar awam Lithuania, LRT yang memetik seorang pegawai kecemasan, melaporkan mangsa yang terbunuh adalah kru penerbangan pesawat berkenaan.

Pihak berkuasa lapangan terbang Lithuania mengenal pasti pesawat tersebut sebagai pesawat kargo dari Leipzig, Jerman.

Data penjejakan penerbangan dari FlightRadar24, yang dianalisis oleh Associated Press menunjukkan pesawat itu membuat pusingan ke utara lapangan terbang sebelum menunggu giliran untuk mendarat, namun terhempas kira-kira 1.5 kilometer dari landasan. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain