SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun mendapat pujian ramai, selepas menyelamatkan seorang remaja perempuan daripada cubaan membunuh diri. Dilaporkan, remaja berusia 17 tahun itu cuba membunuh diri di sebatang sungai. Kisah keberaniannya menjadi tular selepas video mengenai hero muda itu dikongsikan di laman Facebook. Kejadian berlaku di Sungai Chao Phraya di Bangkok, pada Jumaat lalu. Remaja perempuan itu dilaporkan terjun ke sungai dari sebuah jambatan dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam. Kanak-kanak lelaki itu yang kebetulan berada di kawasan tersebut untuk memancing bersama rakan-rakan, bertindak terjun ke dalam sungai dan menyelamatkan mangsa dengan menariknya ke tepi. Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital kerana keletihan dan dilaporkan dalam keadaan stabil. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube