suria

Budak tadika tendang muka, leher kawan dalam kelas... Pembuli siap menonggeng ke muka mangsa!

Tangkap layar video kejadian buli yang tular di media sosial.

SEORANG wanita terkejut selepas menonton video kejadian buli melibatkan anak lelakinya.

Video yang dirakam di sebuah tadika di Vietnam itu menunjukkan anaknya ditolak oleh pelajar lain sehingga jatuh.

Selain itu, anaknya turut ditendang pada bahagian leher dan muka.

Lebih menyedihkan, terdapat seorang kanak-kanak lelaki menonggeng ke arah wajah mangsa ketika dia sedang duduk di dalam kelas.

Apa yang mengecewakan, wanita itu mendakwa tiada sebarang tindakan diambil selepas dia membuat aduan kepada guru.

ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa buli rakan sekelas trauma ke sekolah! Alami kerugian lebih RM17,000, berat badan susut 13kg

"Walaupun selepas mendapatkan bantuan daripada guru, tiada apa yang berubah.

"Itulah sebabnya saya memutuskan untuk memindahkan anak saya ke kelas lain," ujarnya.

Rakaman video itu turut tular sehingga meraih kecaman warga maya.

Rata-rata pengguna media sosial menyelar tindakan pembuli yang bersikap kejam pada usia muda.

Malah netizen turut berpesan kepada golongan ibu bapa supaya mengajar anak masing-masing cara untuk mempertahankan diri. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain