POLIS menahan anggotanya yang didakwa melepaskan dua das tembakan terhadap tiga pelajar sebuah sekolah. Kejadian berlaku di sebuah sekolah menengah di Jalan Simongan Semarang, Jawa Tengah di Indonesia. Selain polis berkenaan, empat lagi suspek yang terlibat ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes itu. Tembakan yang dilepaskan oleh anggota badan beruniform itu menyebabkan seorang pelajar meninggal dunia. Menurut pihak sekolah, mangsa yang maut terkenal dengan prestasi baik, disiplin tinggi dan tidak mempunyai rekod buruk di sekolah. Selain mangsa, dua lagi rakan pelajar itu cedera ditembak oleh anggota polis dan sedang menerima rawatan di Hospital Kariadi Semarang. - Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube