suria

Lelaki rogol anak tiri ditahan, salahkan isteri tidak beri layanan batin

Mangsa rogol perlu membuat laporan polis. -Gambar hiasan

GARA-GARA tidak mendapat layanan batin daripada isteri, seorang lelaki sanggup menodai anak tirinya sendiri.

Perbuatan tersebut dipercayai dilakukan tiga kali ketika mangsa yang masih di bawah umur, berada di rumahnya di daerah Gunungkidul, Indonesia.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Gunungkidul, AKP Achmad Mirza, suspek berusia 48 tahun juga bertindak mengugut mangsa supaya tidak melaporkan kejadian itu kepada ibunya.

Bukan itu sahaja, suspek juga sering mengungkit tentang kos menanggung mangsa.

“Walaupun diugut, mangsa memaklumkan kejadian itu pada ibunya.

“Susulan itu laporan polis dibuat dan suspek ditahan pada pukul 3 petang, Khamis,” katanya pada Jumaat.

Tambah Achmad, suspek mengakui tindakan tidak bermoralnya itu disebabkan kurang mendapat layanan intim dan kesibukan isterinya. - Detik News

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain