MAHKAMAH tidak membenarkan ikat jamin dilakukan ke atas seorang wanita yang didakwa membunuh suaminya dengan kejam pada 3 Mei tahun lalu. Ia berikutan, butiran mengerikan kes itu didedahkan semasa perbicaraan Mahkamah Agung pada Khamis, yang mana Nirmeen Noufl, 53, menghadapi tuduhan membunuh dan mencemarkan mayat suaminya, Mamdouh “Emad” Noufl. Berdasarkan pendakwaan, dia dituduh membunuh suaminya yang berusia 62 tahun dengan memotong badan menggunakan gergaji elektrik, memasukkan cebisan mayat ke dalam 30 beg plastik yang kemudiannya dibuang di seluruh selatan Sydney Barat, Australia. Menurut laporan The Sydney Morning Herald, Nirmeen Noufl disokong oleh sekumpulan keluarga dan rakan apabila permohonan untuk jaminan ditolak. Terdahulu, dia ditangkap bulan lalu di kemudahan kesihatan mental selepas membuat pemeriksaan ke atas dirinya susulan pembunuhan yang dilakukan. Mahkamah mendengar bahawa suami Noufl telah dilaporkan hilang sejak Julai 2023, menyebabkan penyiasatan orang hilang. Polis mendakwa bahawa dia bertindak bersendirian dalam pembunuhan itu, menggunakan pisau dan gergaji kuasa di rumah Greenacre mereka, sebelum membuang mayat yang dipotong-potong dalam tong sampah di pelbagai pinggir bandar. - Hindustan Times Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube