suria

Lelaki bogel berdepan detik cemas, sempat rakam perompak bawa tukul pecah masuk kondo

Tangkap layar video menunjukkan seorang perompak berada di balkoni. Foto FB เจ๊ม้อย v

SEORANG lelaki berdepan detik cemas apabila biliknya di sebuah kondominium dimasuki perompak.

Mangsa membuat rakaman, yang ketika itu merayu kepada perompak berkenaan supaya tidak memasuki biliknya.

Kejadian berlaku di sebuah kondominium di Mae Sai, Chiang Rai, Thailand pada Khamis.

Menerusi rakaman video, perompak dilihat berdiri sambil memegang tukul di balkoni.

"Tolonglah, jangan masuk. Tolonglah, jangan. Saya rakam kamu sekarang.

"Jangan masuk, saya panggil polis. Polis datang, mereka ada di bawah. Pencuri, pencuri!" jerit mangsa.

Suspek kemudian berputus asa dan beredar dari lokasi kejadian.

Ketika kejadian, mangsa dalam keadaan berbogel kerana baru pulang ke rumah dari tempat kerja dan menanggalkan pakaian untuk mandi.

Mangsa turut percaya suspek merupakan individu sama yang memecah masuk biliknya sebanyak dua kali sehingga mengakibatkannya kerugian 40,000 baht (RM5,100). -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain