SEORANG lelaki tergamak membenamkan kepala teman wanitanya ke dalam sungai hingga mati.
Tertuduh juga mematahkan tulang mangsa yang sedang bergelut ketika dilemaskan.
Perbuatan kejam itu berlaku di Derwent Malton, North Yorkshire di United Kingdom.
Susulan itu, tertuduh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.
Tertuduh yang merupakan bekas penagih dadah dan ketagih alkohol mempunyai 47 rekod jenayah lampau termasuk menyerang seorang pegawai polis.
Bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan di kepala, pendarahan dalam otak, retak tulang dan tulang selangka serta patah tulang femur.
Kejadian itu disedari oleh orang awam yang melihat mangsa berada dalam kesakitan di atas rumput, dekat sungai.
Saksi cuba meminta bantuan daripada rakan lain, namun ketika tiba di tempat kejadian, tertuduh dilihat sedang melemaskan mangsa ke dalam sungai.
Saksi kemudian segera menyelamatkan mangsa dengan menariknya keluar dari sungai.
Mangsa dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.
Sebagai peringatan, perbuatan keganasan adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. -Agensi
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube