suria

Suara aneh dari hutan bikin penduduk seram, persoalan terjawab selepas polis jumpa perigi

Perigi yang menjadi punca bergemanya jeritan itu.

HUTAN rimba dan entiti mistik sering dikaitkan antara satu sama lain.

Begitulah kisah penduduk desa di kawasan pedalaman Thailand yang meremang bulu roma mendengar jeritan dan tangisan daripada dalam hutan pada awal Disember.

Rata-rata penduduk beranggapan ia adalah makhluk halus yang sedang mengumpan mereka untuk memasuki hutan sebelum dijadikan mangsa.

"Mesti ada yang fikir ia adalah tukang sihir yang mencari korban untuk upacara pemujaan syaitan," kata salah seorang netizen memberikan reaksi kepada insiden yang menjadi tular itu.

Risau sekiranya ada sesuatu yang buruk sedang berlaku, anggota polis dan pasukan penyelamat dipanggil untuk memeriksa kawasan hutan tersebut.

Mereka menjejaki punca tangisan itu, lebih mendebarkan apabila panggilan mereka turut disahut oleh suara daripada entiti terbabit.

Mangsa yang diselamatkan.

Selepas 30 minit pencarian, pasukan penyelamat itu terkejut apabila mereka menemukan seorang lelaki berketurunan Cina yang terjatuh dan terperangkap di dalam sebuah perigi buta selama tiga hari.

Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan lemah, manakala pergelangan tangan kirinya patah, serta otaknya mengalami gegaran.

Mangsa kemudiannya dibawa ke sebuah hospital untuk menerima rawatan lanjut. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain