DUA lelaki dihukum penjara 100 tahun selepas mereka didapati bersalah melakukan penderaan seksual ke atas dua kanak-kanak lelaki. Tertuduh, William Zulock, 34, dan Zachary Zulock, 36, dari Georgia, Amerika Syarikat merupakan pasangan gay yang mengambil dua mangsa sebagai anak angkat mereka. Mengikut fakta kes, Zulocks mengambil mangsa sebagai anak angkat pada 2018 ketika mereka baru berusia lima dan tiga tahun. Ketika dibicarakan, mereka mengaku atas pelbagai pertuduhan termasuk liwat, pencabulan serta eksploitasi seksual kanak-kanak. Pasangan itu turut membuat rakaman video perbuatan jijik mereka bersama mangsa untuk disebarkan dalam rangkaian pedofilia. ARTIKEL BERKAITAN: Gemar seks berkumpulan, suami isteri guna 4 anak perempuan puaskan nafsu... Mengaku nak langgan pelacur tiada duit Dua tertuduh menggambarkan diri mereka di media sosial sebagai bapa yang penyayang dan mempamerkan kehidupan kaya di pinggir bandar Atlanta. Pasangan itu ditahan pada 2022 selepas seorang individu ditahan polis kerana memuat turun kandungan lucah kanak-kanak yang dihasilkan Zulocks. Susulan itu, polis turut menemui banyak bukti di kediaman pasangan itu, antaranya mesej lucah serta rakaman-rakaman video yang tidak masuk akal. Selepas pasangan itu dijatuhi hukuman, foto 'keluarga' mereka yang memakai baju pelangi turut ditularkan semula oleh warga maya. - Agensi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube