SEORANG remaja perempuan berusia 15 tahun meninggal dunia beberapa hari selepas dia dirogol oleh 13 lelaki. Kes itu dimaklumkan oleh Kumpulan Siasatan dan Pengesanan Jenayah (CIDG) Polis Negara Filipina (PNP) pada Isnin. Dalam satu kenyataan, CIDG berkata mangsa yang dikenali sebagai "Analyn" dan ibunya melaporkan kejadian itu kepada polis pada 12 Disember. "Menurut mangsa, pada petang 9 Disember 2024, ketika sedang duduk di Taman Warisan Cuartel di Barangay Poblacion, Oslob semasa Sambutan Fiesta Besar Oslob, dia didatangi sekumpulan lelaki tidak dikenali yang menawarkan minuman kepadanya, menyebabkan dia mabuknya. ARTIKEL BERKAITAN: Dua beradik kembar bergilir-gilir rogol remaja 16 tahun... Ajak sekali kawan bakal pengantin, calon tunang orang! "Mereka didakwa mengambil kesempatan atas keadaan itu, membawanya ke kawasan terpencil, dan tiga belas lelaki menyerangnya secara seksual. Tragisnya, Analyn meninggal dunia beberapa hari selepas kejadian itu," kata CIDG. Tiada punca kematian disebut dalam kenyataan itu, malah keputusan bedah siasat mangsa masih belum dikeluarkan. Empat daripada 13 suspek yang dikenal pasti sebagai Luis, Cyrill, Tristan dan Kent ditahan di Barangay Casay, bandar Dalaguete pada petang Ahad. Mereka akan menghadapi pertuduhan rogol berkanun dan pembunuhan, menurut CIDG. - Agensi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube