suria

Padah langgan pelacur, lelaki putih mata duit lebih RM32,000 lesap

Rakaman CCTV menunjukkan suspek membawa sejumlah wang tunai. Foto Phuket Times

SEORANG lelaki kerugian wang tunai berjumlah 7,000 euro (RM32,700) selepas melanggan seorang pelacur.

Dalam kejadian pada malam Rabu, mangsa dikatakan membawa pelacur berkenaan ke sebuah hotel dalam keadaan mabuk dan kemudian tertidur selepas menyambut pesta Krismas.

Namun, sebaik terjaga dia mendapati wangnya hilang dan pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) hotel mendapati pelacur berkenaan keluar dengan membawa sejumlah wang tunai.

Insiden yang melibatkan mangsa warga Perancis itu berlaku di Phuket, Thailand.

Berdasarkan gambar yang dikongsi di media sosial, suspek kelihatan sedang mengira wang dengan gembira, seolah-olah tidak mengambil peduli aksinya dirakam CCTV.

Kes hampir sama dilaporkan pada Jun lalu apabila lelaki Kanada kehilangan 90,000 baht (RM11,700) kepada dua wanita Afrika di Pattaya.

Mangsa mengupah mereka untuk menemaninya hotel dengan bersetuju membayar 2,000 baht (RM260) setiap seorang. Namun, dia akhirnya kehilangan lebih 20 kali ganda jumlah itu.

Sebagai peringatan, janganlah seseorang itu menghampiri zina dan perbuatan zina itu adalah dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. - Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain