SEORANG pempengaruh dikenali sebagai Anish Bhagat meraih perhatian ramai selepas dia memuat naik video pertemuannya dengan seorang pekerja seks, Roxy. Menerusi video tular itu, Bhagat bertemu dengan Roxy ketika dia berkunjung ke salah satu lokasi pelacuran terkenal di India. Roxy yang sudah 15 tahun bekerja sebagai pelacur turut mempelawa pemuda itu untuk melawat kediamannya. Dalam perbualan mereka, Roxy berkata dia terjerumus dalam dunia pelacuran selepas bapanya meninggal dunia. ARTIKEL BERKAITAN: Padah langgan pelacur, lelaki putih mata duit lebih RM32,000 lesap Roxy dijual oleh bapa saudaranya yang berjanji mencari pekerjaan untuknya. Roxy kini mempunyai seorang anak perempuan. Menerusi video sama, Bhagat turut memenuhi impian wanita itu yang mahu mencuba hidangan sushi. Video itu bukan sahaja meraih 17.7 juta tontonan, malah turut menerima pujian netizen. "Bagus Anish Bhagat, kamu gunakan platform kamu untuk melakukan perkara baik," tulis seorang netizen. - Agensi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube