suria

Bapa pengantin lelaki tempah pesawat tabur duit atas rumah menantu

Tangkap layar video wang tunai ditabur dari sebuah pesawat. Foto X

PERKAHWINAN mewah menjadi begitu popular di India dan kini nampaknya menarik perhatian negara jiran di Pakistan.

Satu rakaman menunjukkan sebuah kapal terbang melalui atas rumah pengantin perempuan dengan menabur sejumlah wang kertas Pakistan, sehingga tular di media sosial.

Menurut laporan, perkahwinan itu berlangsung di Hyderabad, di wilayah Sindh, Pakistan.

Bapa pengantin lelaki menyewa pesawat itu untuk menjadikan perkahwinan anaknya lebih istimewa.

Tindakan itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Seorang pengguna media sosial memaklumkan bahawa walaupun bapa pengantin lelaki menjadikan perkahwinan istimewa untuk anaknya tetapi kini pengantin lelaki perlu membayar hutang sepanjang hidupnya.

Pengguna lain menulis bahawa walaupun ia merupakan satu pembaziran, namun wang tersebut boleh digunakan untuk mereka yang memerlukan. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain