NAHAS pesawat yang terbakar selepas terbabas dari landasan di lapangan terbang Muan di Korea Selatan pada Ahad, menyaksikan semua mangsa dikhuatiri maut, manakala dua terselamat, lapor agensi berita Yonhap memetik pihak berkuasa. Sementara itu, memetik laporan Korea Joongang Daily, pihak berkuasa bomba mengesahkan 124 mangsa maut dalam nahas pesawat Jeju Air 7C 2216, setakat pukul 3.20 petang Ahad (waktu tempatan). Pesawat Jeju Air itu membawa 181 orang yang terdiri daripada 175 penumpang dan enam anak kapal. Nahas berlaku pada pukul 9.07 pagi (waktu tempatan), apabila pesawat itu terbabas dari landasan ketika mendarat dan melanggar tembok pagar di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan di Muan, kira-kira 288 kilometer barat daya Seoul. ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat Jeju Air terhempas, sekurang-kurangnya 28 maut Pihak berkuasa bomba memberitahu, dua mangsa yang terselamat daripada kemalangan itu, manakala yang lain dianggap terkorban. Mereka kini beralih kepada operasi untuk mencari mayat mangsa. Mangsa yang terselamat merupakan dua anak kapal, dirawat di sebuah hospital di Mokpo. Ketika kejadian, pesawat tersebut dalam penerbangan dari Bangkok, Thailand. Kebanyakan penumpang adalah warga Korea, selain dua warga Thailand. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube