suria

Pesawat Jeju Air terhempas, sekurang-kurangnya 28 orang maut

Keadaan di lokasi nahas Pesawat Jeju Air.

SEKURANG-KURANGNYA 28 orang maut selepas sebuah pesawat terbabas dari landasan dan kemudiannya terhempas dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan di Korea Selatan pada Ahad.

Nahas terbabit melibatkan Pesawat Jeju Air yang membawa 175 orang penumpang dan enam anak kapal.

Difahamkan kapal terbang itu berlepas dari Bangkok, Thailand.

Setakat ini, dua individu ditemukan selamat.

Operasi mencari dan menyelamat sedang diteruskan yang menumpukan pada bahagian ekor pesawat.

Gambar yang dikongsikan oleh agensi media tempatan memaparkan asap berkepul-kepul dan api marak menjilat beberapa bahagian pesawat malang itu.

Pemangku Presiden Choi Sung-mok, yang dinamakan sebagai pemimpin sementara negara pada Jumaat selepas pemangku presiden sebelum ini dipecat dalam krisis politik, mengarahkan usaha menyelamat untuk dilakukan dengan sehabis baik.

Jurucakap Jeju Air berkata syarikat penerbangan itu sedang menyemak laporan yang berkaitan. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain