TIGA wanita meninggal dunia akibat keracunan makanan pada 23 Disember lalu. Menurut polis, tiga warga Brazil itu jatuh sakit selepas dihidang sebuah kek dalam majlis pertemuan keluarga. Tatiana Denize Silva dos Anjos, 43, dan Maida Berenice Flores da Silva, 58, meninggal dunia pada hari yang sama. Neuza Denize Silva dos Anjo, 65, pula dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal dan meninggal dunia pada keesokan harinya. Tiga ahli keluarga yang lain, termasuk seorang kanak-kanak berusia 10 tahun turut jatuh sakit selepas menikmati kek tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Anggap sakit perut kerana keracunan makanan, wanita terkejut bersalin ketika berkhemah... Dakwa tak alami simptom hamil Menurut polis, kek itu dipercayai dibuat oleh tuan rumah yang kini sedang dirawat di hospital. Sebuah foto kek tersebut menunjukkan ia adalah Bolo de Natal, kek Krismas tradisional Brazil. Polis kini menunggu keputusan ujian untuk menentukan apa yang mungkin menyebabkan kematian ketiga-tiga wanita itu, dengan pegawai Marcos Vinicius Veloso mengetuai siasatan, lapor Mirror. Menurut polis, banyak bahan makanan yang sudah tamat tempoh dijumpai di kediaman keluarga itu. "Kami juga mendapat maklumat terdapat mayonis yang sudah tamat tempoh setahun lalu di sana. "Produk tamat tempoh ditemui di kediaman tersebut. Sebotol ubat ditemui, yang sepatutnya mengandungi kapsul di dalamnya tetapi sebaliknya mengandungi cecair putih. Cecair putih ini juga akan diperiksa," kata polis lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube