suria

Wanita sanggup terima organ babi, teruja mahu hidup sihat selepas pembedahan

Seorang wanita menerima buah pinggang babi pada November. -Foto Joe Carrotta for NYU Langone Health

SEORANG wanita berusia 53 tahun menjadi penerima buah pinggang babi yang diubah suai secara genetik.

Towana Looney mengakui teruja ketika ditemui sebelum menjalani prosedur itu di New York, Amerika Syarikat.

"Ini akan mengubah hidup saya," kata Looney, seorang nenek dari Gadsden, Alabama.

Pembedahan Looney dibuat pada 25 November lalu, namun kisah itu baru sahaja diumumkan secara rasmi pada Selasa.

"Ini boleh mengubah sepenuhnya pengurusan kegagalan organ," kata Dr. Robert Montgomery, pengarah Institut Pemindahan NYU Langone, yang merupakan ketua pakar bedah dalam pembedahan Looney.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua bulan selepas pembedahan eksperimen, penerima pertama jantung babi akhirnya meninggal dunia

Untuk rekod, Looney mendermakan salah satu buah pinggangnya kepada ibunya pada tahun 1999.

Beberapa tahun kemudian, dia mengalami tekanan darah tinggi kronik semasa mengandung dan buah pinggangnya rosak pada tahun 2016.

Sejak itu, dia menjalani dialisis selama empat jam sehari, tiga hari seminggu. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain