PERASAAN amarah yang tidak dikawal boleh membinasakan diri. Begitulah kisahnya apabila seorang lelaki tergamak menumbuk penjual bunga sehingga maut kerana tanpa kebenaran menggunakan gambar isterinya sebagai model untuk mempromosikan perniagaan di platform media sosial. Dalam kejadian di Antalya, Turkiye pada Oktober lalu, difahamkan saudara perempuan kepada penjual bunga tersebut sudah meminta maaf, namun si suami masih tidak berpuas hati dan berkeras untuk bersemuka. Namun ketika pertemuan mereka berdua, si suami yang gagal mengawal perasaan bertindak menumbuk penjual bunga itu di bahagian muka sehingga menyebabkan dia pengsan, suspek kemudian menendang mangsa beberapa kali. Difahamkan sebelum ketegangan itu tercetus, mangsa sudah mezahirkan rasa sesal, namun tidak diterima oleh suspek. Akibat dibelasah oleh suspek, mangsa mengalami pendarahan otak yang serius, dia jatuh koma selama tujuh hari sebelum meninggal dunia di hospital. Suspek sudah ditahan oleh pihak berkuasa tempatan dan akan didakwa dengan jenayah bunuh, sekiranya disabitkan kesalahan, boleh dipenjara antara 20 hingga 25 tahun. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube