suria

Lelaki simbah asid pada isteri angkara cemburu, dua anak turut jadi mangsa

Seorang lelaki ditahan kerana didakwa menyimbah asid pada isterinya. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki berusia 59 tahun tergamak menyimbah asid ke atas isterinya gara-gara perasaan cemburu.

Malangnya, selain isterinya berusia 46 tahun, dua anak mereka turut menjadi mangsa terkena simbahan asid tersebut.

Kejadian berlaku di Nagrak, Sukabumi di Jawa Barat, Indonesia pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Nagrak, Inspektor Asep Suhriat mengesahkan perkara itu memberitahu, kejadian berlaku kira-kira 9.59 pagi waktu tempatan.

Menurutnya, suspek menjirus asid ke atas isterinya di rumah mereka selepas mengesyaki wanita itu mengadakan bersembang secara dalam talian dengan lelaki tidak dikenali.

"Motif kejadian berpunca daripada sikap cemburu suspek terhadap isterinya yang ditambah dengan ketegangan rumah tangga kerana mangsa sering meminta cerai," kata Inspektor Asep.

Dua anak tiri suspek berusia 18 dan 11 tahun turut menjadi mangsa simbahan asid kerana berada berhampiran ketika kejadian.

Susulan kejadian itu, mangsa dibawa ke pusat kesihatan, namun dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut.

"Mangsa kini masih menjalani rawatan intensif di hospital, manakala suspek telah ditahan oleh Unit Siasatan Jenayah Polis Nagrak untuk siasatan lanjut,” tambah beliau.

Sebagai peringatan, perbuatan keganasan adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain