SEORANG lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas motosikal yang ditunggang mereka merempuh sebuah trak dalam kejadian di Pathum Thani, Thailand pada petang Selasa. Pegawai penyiasat dari Balai Polis Thanyaburi, Yosawat Srilapat berkata pihaknya menerima panggilan orang awam memaklumkan insiden itu, anggota penyelamat sukarelawan kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian. Ketika tiba di lokasi kejadian, polis menemukan sebuah motosikal jenis Honda Wave bertembung dengan trak yang diparkir di tepi jalan Difahamkan mangsa yang maut dikenali sebagai Witoon, 48, merupakan penunggang motosikal, manakala pemboncengnya adalah Piyapat, 20, dia hanya mengalami kecederaan ringan. Mereka diifahamkan dalam perjalanan pulang dari majlis keraian yang dianjurkan oleh syarikat. Ketika perjalanan, mereka berhenti sebentar di sebuah pusat hiburan untuk menikmati minuman keras. Piyapat ketika ditemukan dilihat berada dalam keadaan mabuk, dia mengakui terlelap sepanjang perjalanan dan hanya sedar apabila sudah terlibat kemalangan. Sementara itu, pemilik trak yang dilanggar dikenali sebagai Witoon berkata dia ketika kejadian sedang berhenti sebentar untuk mengisi minyak kenderaannya. "Kemudian saya dengar dentuman yang kuat, apabila saya pergi periksa, rupanya ada motosikal yang melanggar bahagian belakang trak saya. "Saya terus hubungi pihak polis," ujarnya. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube