SEORANG lelaki maut selepas motosikalnya merempuh sebuah tong sampah yang diletakkan di tepi jalan. Ia berlaku di Jalan Klong Six, wilayah Pathum Thani, Thailand pada tengah hari, Ahad. Mangsa yang dikenali Pan berusia 40 tahun dan mempunyai seorang anak perempuan. Anak perempuan Pan iaitu Aphatsara, 17, gagal mengawal emosi selepas menerima khabar duka kematian bapanya. Sekeping foto menunjukkan gadis itu terduduk sambil menangis di lokasi kejadian. Menurut Aphatsara, bapanya ada mengeluarkan kata-kata yang seolah-olah memberi bayangan dia akan pergi selama-lamanya. ARTIKEL BERKAITAN: Nak elak lori lorong kanan, penunggang motosikal maut rempuh pembahagi jalan... Pemandu terus larikan diri! “Dia kata dia akan belikan barang yang saya perlukan jika dia tidak mati,” luahnya dalam tangisan. Tambah Aphatsara, bapanya bekerja sebagai mekanik kenderaan. Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Universiti Thammasat untuk pemeriksaan lanjut. - Agensi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube